SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUNDU

SMK Lundu terletak di kaki Gunung Gading, kira-kira 3 km dari Pekan Lundu. Pengetuanya ialah Tuan Haji Ismail bin Jaya, dibantu oleh Encik Daniel Tajen Pau ( Penolong kanan Akademik), Cik Lily Dripin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) dan Encik Majelan bin Sulong (Penolong Kanan Kokurikulum). Hari ini Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu telah mencapai usia 47 tahun. Jumlah pelajar yang ada sekarang ialah seramai 1746 orang, 510 orang daripadanya merupakan pelajar asrama. Tenaga pengajarnya pula seramai 130 orang. Selain daripada itu, jumlah kakitangan bukan akademik seramai 22 orang, terdiri daripada kakitangan pejabat am, pembantu makmal sains, kakitangan dapur dan kebun serta lain-lain. SMK Lundu telah dibina di bawah Rancangan Kim Boo pada 1965, melalui Jabatan Pelajaran Sarawak. Pada mulanya sekolah ini menempatkan seramai 63 orang pelajar dan 11 orang. pelajar asrama, kesemuaanya lelaki. SMK Lundu telah dibuka dengan rasminya oleh Tuan Yang Teramat Mulia Tuan Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Abang Haji Openg pada tahun 1966.

Pengetua-pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Lundu

Bil
Nama Pengetua
Tahun
1 Encik Arthur Chew 1965
2 Encik Ph'ng Swee Eng 1966
3 Encik Wong Tze Yong 1967, 1969,1970
4 Encik Sim Han Peng 1968
5 Encik Abdullah Haji Drahman 1971-1973
6 Encik Simin Juani 1974-1975
7 Encik Michael Yap 1976-1977
8 Encik David Lee Cheng Jee 1978-1980
9 Encik Zulwali Kifli Merawi 1981-1984
10 Encik Zulmahari Merawi 1985-1986
11 Puan Johara Zen 1987-1988
12 Encik Awang Hambali Awang Hamdan 1989-1992
13 Encik Ramli Zainuddin 1993-1994
14 Encik Shamsherbie Naruddin 1995-1997
15 Encik Bidin bin Abas 1998-1999
16 Puan Misia Hj. Zain 2000-2003
17 Encik Narawi Hj. Udin 2003-2006
18 Encik Maseli bin Idi 2006-2008
19 Encik Daneil Tajen ak Pau (Memangku) 2008 -2009
20 Puan Hajah Haminah bt Lek 2009 - 2012
21 Tuan Haji Ismail bin Jaya 2012 - kini

[Muka Depan] [Utama] [Lencana] [Lagu Sekolah] [Visi, Misi, Matlamat] [Guru] [Pentadbir] [Peperiksaan] [Enrolmen] [Kaki tangan Sokongan]


©SMK Lundu 2006